CAHAYA HIDUP DREAM

CAHAYA HIDUP DREAM
Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh whatsapp ke 0179146980, email ke hayatitortoise@gmail.com atau layari facebook di www.facebook.com/cahayahidupdream :D

Wednesday, 7 January 2015

JYJ custom tshirt

salah satu daripada design dari customer dengan warna gold..


t-shirt negeri

custom tshirt negeri...
 semua negeri pun ada yea...

Customer boleh request warna untuk design masing2..
boleh juga tambah nama anda
.
.
.
whatsapp
0179146980

Sunday, 2 November 2014

mutiara kata hari ini

new f2 "Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."
new f2 "Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"
new f2 "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
new f2 "Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang"
new f2 "Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"
new f2 "Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah"
new f2 "Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak"
new f2 "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"
new f2 "Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera"
new f2 "Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat"
new f2 "Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."
new f2 "Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat"
new f2 "Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan"
new f2 "Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
new f2 "Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh."
new f2 "Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."
new f2 "Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan."
new f2 "Kegembiraan ibarat semburan pewangi, apabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda."
new f2 "Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."
new f2 "Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."
new f2 "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
new f2 "Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Tuesday, 28 October 2014

MULAKAN HARI DENGAN MOTIVASI DIRI

Diri saya sendiri dan saya yakin ramai lagi kawan di luar sana yang pernah melakukan kesilapan kepada orang lain atau orang lain yang membuat salah kepada diri kita..

 ye...mmg btol,untuk meminta maaf pada orang lain bagi kesalan yang pernah buat pada mereka bukan lah satu perkara yang senang....ini sangat SANGAT DAN SANGAT memerlukan kekuatan yang sangat tinggi....walaupun susah kita perlu dan wajib meminta maaf pada orang yg kita pernah buat salah padanya...

untuk isu ini...saya pernah tertgk satu rancangan agama tentang tajuk MAAF ni....mmg kita wajib meminta maaf pada orang yang kita pernah buat salah sama ada orang tu tahu atau x tau (mcm kita mengumpat secara tak sedar tu,empunya diri tak tahu)..kata penceramah tu,kalau nak meminta maaf pun kena ikut keadaan maksudnya kalau dengan cara kita meminta maaf tu boleh menyebabkan hubungan orang tu dngan kita akan bertambah teruk atau boleh mencapai tahap bermusuh,kita dinasihatkan tidak digalakkan meminta maaf secara terbuka kepada mereka...dan kita perlulah meminta keampunan daripada ALLAH s.w.t atas kesalahan2 yang telah kita lakukan...Allahuallam...

Begitu juga dengan isu untuk memaafkan orang...heyy ingat senang ke nak memaafkan kesalahan yg orang buat kat kita...susah kan..ini pun memerlukan kekuatan yang tinggi dan hati serta jiwa yang bersih...kebanyakkan dari kita hanya memaafkan kesalahan orang pada kita bila orang meminta maaf... tapi....adakah kita melupakan terus apa yang mereka,sy rasa ramai antara kita yang memaafkan tetapi tidak melupakan..btol tak btol tak...tepuk dada tanya hati sendiri yea :D

Apa2 pun sama2 lah kita memperbanyakkan doa memohon keampunan agar hati kita sentiasa bersih dari anasir2 yang tidak elok..

Assalamualaikum...

Monday, 27 October 2014

ayat BERMOTIVASI untuk MEMOTIVASIKAN diri sendiri

Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION". Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. Di dalam surat khabar, kerap pemberita menulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan. 

Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.

Oleh itu, kita boleh definisikan bahawa:  
"Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif." 

Saya sendiri sebagai seorang manusia memerlukan kata-kata motivasi setiap kali rasa hati dilanda ribut taufan...sebab kadang-kadang melalui ayat-ayat inilah ia terkesan pada jiwa kita dan boleh meredakan segala macam perasaan yang tidak enak...itu mendapat peribadi sayalah kan heehe..

so kat sini, sy nk kongsikan beberapa ayat motivasi yg sy juga dapat dari blog pembacaan yang lain....di pagi hari ni moh ler kita memotivasikan diri sebelum memulakan kerja yea :D

1❖ Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama

2❖ Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab


3❖ Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.


4❖ Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan

5❖ Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire

6❖ Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

7❖ Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.

8❖ Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.

9❖ Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson

10❖ Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.

11❖ Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.

12❖ Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…

13❖Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

14❖ Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

15❖ Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

16❖ Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.

17❖Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.

18❖ Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.

19❖ Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159

20❖ Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Tips menarik pelanggan berpandukan ADAB PENGURUSAN PELANGGAN CARA NABI MUHAMAMMAD S.A.W

Bagi yang nak memulakan bisnes x kesah la kecik ke besar kan PASTI nak tahu nak mencari cara yang terbaik untuk menarik pelanggan..

Seperti aku yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes ni pun masih mencari-cari ilmu..


ADAB PENGURUSAN PELANGGAN CARA NABI MUHAMMAD S.A.W ni aku dapat dari usahawan.com so aku kongsikan kat sini..



Adab pengurusan pelanggan cara Nabi Muhammad S.A.W.
A. Taaruf
Taaruf bermaksud kenal-mengenali. Sebagai peniaga mesti kenal dengan pelanggan kita. Bukan kenal secara peribadi seperti apa hobi dia, suka makan apa dan lain-lain. Tetapi kenal disini bermaksud anda tahu siapa pelanggan anda dan apa masalahnya. Tugas seorang usahawan ialah untuk menyelesaikan masalah itu.
Misalnya ada seseorang datang ke kedai anda. Dia tak cakap apa, anda ataupun pekerja anda pun tidak bertanya. Akhirnya, pelanggan tersebut keluar begitu sahaja. Rugi bukan? Jadi di sini, anda kena bertindak untuk ‘kenal’ dengan setiap prospek, agar anda tahu apa yang dia perlukan, dan anda dapat bantu dia. Misalnya orang yang masuk tadi, cuba anda sapa dengan ayat seperti “ Selamat datang cik, kami ada sediakan ….. apa yang boleh saya bantu cik?”. Sedap bunyinya, daripada nak window shopping, terus ter’sangkut’ pelanggan tersebut!
B. Tafahum
Maksudnya memahami. Sesudah berkenalan, senanglah untuk anda fahami dan bantu. Contohnya, pelanggan tadi berkata “saya ni selalu sakit bahu, penat bekerja lah katakan, sudah penat di pejabat, kerja di rumah bertimbun-timbun lagi, jadi saya nak cari plaster atau minyak yang boleh legakan otot di bahagian bahu saya”. Masalahnya anda sudah tahu. Sakit bahu. Untuk lebih memahami, anda kena lebih banyak berbual dan bertanya. Sejak bila sakit bahu? Adakah dia benar-benar sakit bahu atau sakit hati dengan perangai suami yang tidak membantu langsung? Sakit bahu amat kronik atau sengal-sengal biasa sahaja, dan sebagainya. Komunikasi dua hala akan membantu kita untuk memahami pelanggan kita. Tetapi jangan sampai terlebih Tanya, nanti sakit hati pula pelanggan tersebut.
C. Takaful
Takaful bermaksud saling membantu. Inilah objektif selepas melalui taaruf dan tahafum. Anda bantu pelanggan untuk selesaikan masalahnya, dan pelanggan tersebut bantu anda untuk close sale pada hari itu. Semudah 1,2,3, kan?
7. Pemasaran yang efektif
Aktiviti pemasaran adalah umpama jampi bagi sesebuah perniagaan. Ia dapat menarik ramai pelanggan dalam masa yang singkat sahaja, jika kena pada caranya.
Pertama, cari kumpulan sasaran. Misalnya, menjual ais krim kepada orang Eskimo adalah perbuatan yang sukar. Menjual ais krim kepada pengembara yang sesat di Gurun Sahara adalah perbuatan yang mudah. Malah dia sanggup membayar RM20 bagi ais krim yang modalnya cuma 20 sen.
Kedua, semasa membuat promosi, fokus pada bagaimana anda dapat bantu pelanggan. Tekankan keuntungan pada pihak pelanggan sebagai kesan setelah mereka mendapatkan produk atau perkhidmatan anda. Kurangkan fokus pada kelebihan produk. Fokus bahawa prospek akan lebih baik, hebat, sihat, bergaya, berkuasa, kaya dan berpengaruh jika memilih produk atau perkhidmatan anda.

Saturday, 25 October 2014

tshirt kelas

ok memandangkan aku ni keje kat sekolah..jadi bila budak2 ni ada nak buat baju untuk kelas ada jugak yang cari aku..tapi ramai lagi yang tak tahu mengenai keje part time aku ni hehe....dgn aku mungkin dapat murah sikit,lagipun diaorg ni kadang2 tak tahu kdai2 yang mencetaj baju jadi mungkin mereka pikir ngan aku senang nak jumpa dan berurusan kut

ini salah satu design baju kelas yg aku buat....tapi bahagian belakang lupak nak amik gambar hehhh :/

assalamualaikum :D